Terma dan Syarat
Soalan – soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah matlamat sebenar kaji selidik ini?
Kaji selidik ini bertujuan untuk mengambil maklumbalas dengan “PLUS Sustainability Survey” yang dikeluarkan sebagai langkah penambaikan berterusan untuk para pelanggan PLUS.
2. Bilakah tempoh untuk mengisi kaji selidik ini?
Kaji selidik ini bermula pada 18 November 2024 sehingga 30 November 2024.
3. Bagaimanakah cara untuk mengisi kaji selidik ini?
Kaji selidik ini boleh diisi dengan menekan pada pautan e-mel daripada PLUSMiles, pautan aplikasi mudah alih PLUS (PLUS App) atau laman media sosial PLUS.
4. Adakah semua soalan perlu dijawab?
Ya.
5. Sekiranya saya kakitangan PLUS, bolehkah saya mengisi kaji selidik ini?
Boleh, tiada sebarang sekatan untuk kakitangan PLUS sekiranya anda merupakan ahli berdaftar PLUSMiles.
6. Bolehkah saya menjawab kaji selidik ini lebih daripada sekali?
Tidak. Anda hanya boleh menjawab satu (1) sahaja daripada pautan e-mel PLUSMiles, pautan aplikasi mudah alih PLUS (PLUS App) atau laman media sosial PLUS.
7. Bagaimana jika kalau saya terima kaji selidik ini dan bukan ahli PLUSMiles?
Anda masih boleh jawab kaji selidik tetapi tidak akan layak mendapatkan Mata Ganjaran PLUSMiles. Untuk mendapatkan Mata Ganjaran tersebut, anda perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles di laman sesawang ini https://plusmiles.com.my/register
8. Adakah terdapat sebarang hadiah, ganjaran atau tawaran jika mengisi kaji selidik ini?
250 penyertaan terawal yang lengkap dan sah akan menerima 300 Mata Ganjaran PLUSMiles melalui e-mel yang telah didaftarkan sebagai ahli PLUSMiles. Mata Ganjaran PLUSMiles akan dimasukkan ke dalam akaun PLUSMiles anda 4 minggu selepas tamat tempoh kaji selidik ini.
9. Bolehkah saya berkongsi laman sesawang kaji selidik ini kepada rakan atau keluarga saya?
Boleh. Namun untuk mata ganjaran, hanya 250 penyertaan kaji selidik yang terawal, lengkap dan sah dari ahli PLUSMiles yang berdaftar sahaja yang layak untuk mendapatkan Mata Ganjaran PLUSMiles. Sekiranya anda ingin mendapatkan mata ganjaran tersebut, anda boleh mendaftar sebagai ahli PLUSMiles di laman sesawang https://plusmiles.com.my/register
10. Perlukah saya mendaftar sebagai ahli PLUSMiles untuk menjawab kaji selidik ini?
Anda digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sekiranya anda belum berdaftar kerana Mata Ganjaran PLUSMiles hanya akan diberikan setelah anda berdaftar dan memberi alamat e-mel akaun PLUSMiles anda untuk kaji selidik ini.